Bruno Fernandes

LONDON – Kelab Liga Pro Saudi (SPL), Al-Hilal kini menjadikan kapten Manchester United, Bruno Fernandes sebagai sasaran dengan menawarkan tawaran lumayan pada musim panas ini.

Media di Asia Barat turut melaporkan wakil Fernandes telah mengadakan rundingan bersama Al-Hilal semalam dan difahamkan kedua-dua pihak ada berhubung tahun lalu sebelum Fernandes menandatangani kontrak baharu di United hingga tahun 2027 dengan pilihan sambungan 12 bulan.

Al-Hilal ketika ini dikatakan tidak berdepan masalah kewangan kerana mempunyai dana untuk membeli seorang pemain bintang selepas Mohamed Salah mengambil untuk kekal di Liverpool.

Fernandes yang merupakan perancang utama Unted muncul lagi sebagai pemain terbaik United pada musim ini dengan 19 gol dan 18 bantuan gol setakat ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menadi salah seorang daripada beberapa pemain yang tidak akan dijual kelab itu pada musim panas ini ketika mereka mahu membentuk semula pasukan di bawah kendalian Ruben Amorim.

Al-Hilal kini merupakan salah satu daripada empat kelab terbesar dalam SPL selain Al-Ittihad, Al-Ahli dan Al-Nassr. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast