Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub melambai ke arah pengamal media ketika keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di Putrajaya petang tadi. Foto AIZAT ZAINAL, 7 MEI 2025

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan hampir enam jam mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu yang menaiki kenderaan Audi berwarna hitam kelihatan meninggalkan bangunan pihak berkuasa itu kira-kira jam 5.03 petang tadi.

Kehadiran bekas Naib Presiden UMNO itu bagi membantu siasatan mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram termasuk pengisytiharan harta yang dihadapinya.

Terdahulu, beliau tiba di pekarangan pejabat SPRM kira-kira 10.55 pagi tadi.

Ismail Sabri disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia.

Kesalahan itu didakwa berlaku semasa beliau menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here