Jet pejuang AS terhempas di Laut Merah

WASHINGTON – Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.

Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

Insiden ini merupakan “kehilangan” kedua pesawat pejuang F/A-18 — yang dianggarkan bernilai lebih US$60 juta sebuah — dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.

Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan ‘hilang’ di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman.

— BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here