Perkongsian seorang lelaki yang mengalami pengalaman lucu ketika membuang air besar dalam tandas awam dengan lampu sensor automatik telah mencuit hati warganet.

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang lelaki yang mengalami pengalaman lucu ketika membuang air besar dalam tandas awam dengan lampu sensor automatik telah mencuit hati warganet.

Sinchew Daily melaporkan, lelaki itu terpaksa menggunakan tandas awam di kawasan rehat dan rawat berhampiran Kuala Lipis, Pahang, kerana sakit perut.

Menurutnya, tandas itu bersih dan lampunya menyala secara automatik sebaik sahaja dia membuka pintu.

Namun, situasi lucu bermula ketika dia sedang membuang air besar dan lampu tiba-tiba malap kerana tidak mengesan pergerakan.

Akibatnya, lelaki itu terpaksa berulang kali melambaikan tangannya sepanjang proses membuang air besar.

Dia juga memuat naik satu video yang menunjukkan lambaian tangan dalam tandas dengan pintu tertutup untuk memastikan lampu dinyalakan.

Dia menggambarkan pengalamannya itu seperti berada di sebuah konsert, lengkap dengan lambaian tangan, lampu yang “berkelip-kelip”, dan “irama” dari perutnya yang bergema di dalam tandas yang kosong itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here