Facebook Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan ahli Parti Keadilan Rakyat bahawa agenda reformasi yang didokong selama ini bukan sekadar slogan.
Sebaliknya, kata Menteri Dalam Negeri itu, ia adalah satu perjuangan berterusan dan tidak akan pernah berhenti selagi keadilan sebenar buat semua masih belum dicapai.
Pesanan itu diberikan ketika beliau meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, baru-baru ini.
“Tempoh hari, ketika saya berada di Kelantan, saya berkesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan.
“Seronok apabila dapat duduk semeja, berbincang dan bertukar pandangan – bukan sahaja mengenai hal ehwal semasa negeri, tetapi juga soal perjuangan dan hala tuju parti kita. Semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di Kelantan sangat menginspirasikan, dan saya yakin KEADILAN terus kukuh di hati rakyat negeri ini.
“Saya titipkan pesanan bahawa agenda reformasi yang kita dokong ini bukan sekadar slogan – ia adalah satu perjuangan berterusan dan tidak akan pernah berhenti selagi kita belum mencapai keadilan sebenar buat semua.
“Terima kasih kepada semua rakan-rakan MPN Kelantan atas sambutan mesra dan semangat yang tak pernah luntur. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi,” tulis di Facebook miliknya di sini hari ini.
Nama Saifuddin ketika antara yang disebut sebagai calon Timbalan Presiden biarpun
Datuk Seri Rafizi Ramli sedia mempertahankan jawatannya.
Malah, Menteri Ekonomi sedia berdepan dengan dengan Naib Pre­siden, Nurul Izzah Anwar yang kini mendapat sokongan ramai sebagai calon Timbalan PKR.
Rafizi berkata, beliau mengalu-alukan pertan­dingan bagi jawatan tersebut dan akan turut serta menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here