Peguam yang mewakili Faisal Halim, Haijan Omar (kiri) bersama Nik Zarith Nik Moustpha pada sidang media khas bagi membentangkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung penyiasatan kes serangan asid ke atas Muhamad Faisal Abdul Halim (pemain Selangor FC) di Pejabat Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co, Kajang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Faisal Halim berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menutup kes serangan asid ke atas anak guamnya yang berlarutan sejak setahun lalu.

Mohd. Haijan Omar berkata, ini kerana penyerang Selangor FC itu telah mengalami kecederaan serius selain kesan trauma yang teruk sehingga polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya turut menggesa agar PDRM membuka balik siasatan itu di mana Pejabat Peguam Negara (AGC) mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis meneruskan siasatan.

“Jangan tutup kes ini dan pihak berkuasa kena teruskan siasatan untuk menangkap pelaku dan kami percaya pada PDRM, kenapa NFA dan berhenti di sini? Kami menggesa supaya PDRM membuka balik siasatan ini dan AGC ada kuasa untuk mengarahkan polis meneruskan siasatan

“Beri keadilan kepada Faisal Halim meskipun beliau sudah bermain semula tetapi semestinya ini satu kecederaan serius. PDRM mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum 20 tahun.

Turut hadir, seorang lagi peguam yang mewakili Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha di Kajang, hari ini.

Peguam yang mewakili Faisal Halim, Nik Zarith Nik Moustpha bercakap pada sidang media khas bagi membentangkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung penyiasatan kes serangan asid ke atas Muhamad Faisal Abdul Halim (pemain Selangor FC) di Pejabat Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co, Kajang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 MEI 2025

Pada sidang media itu, Nik Zarith turut memaklumkan kes serangan asid membabitkan Faisal Halim diklasifikasikan sebagai NFA oleh AGC selepas siasatan dijalankan PDRM tidakĀ dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek.

Mei tahun lalu, Faisal menjadi mangsa simbah asidĀ  oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sehingga disahkan melecur tahap empat.

Namun, pemain berusia 27 tahun itu kembali bangkit selepas menjalani beberapa siri pembedahan sebelum membuat kemunculan semula di atas padang bersama skuad ‘Gergasi Merah’ pada Ogos lalu.

Malah, Faisal turut dipanggil skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal, pada Mac lalu. – MalaysiaGazette

Pemain Selangor FC, Mohd Faisal Halim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here