SPRM hakim
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri berhubung dakwaan pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada unsur rasuah melibatkan beberapa pelaburan selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai SEB.

“Fokus siasatan adalah terhadap kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa membabitkan gaji, bonus, saham, yuran penjenamaan serta pelaksanaan private placement dari tahun 2012 hingga 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan beberapa lokasi termasuk syarikat Sapura@Mines, Menara Permata Sapura (Sapura Holdings Sdn Bhd) serta kediaman individu terbabit di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah digeledah.

“Tan Sri terbabit telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 dan 6 Mei lalu bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan. Setakat ini, tiada lagi tangkapan yang dilakukan,” tambahnya.

SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pemalsuan dokumen di bawah Kanun Keseksaan.

Susulan siasatan tersebut, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta telah dibekukan.

Selain itu, siasatan akan turut melibatkan tindakan tatakelola terhadap pengurusan kewangan syarikat tambah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here