Fuziah Salleh
Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Kongres Nasional Angkatan Muda PKR (AMK) dan Kongres Nasional Wanita PRK bagi tahun 2024/2025 serta pelaksanaan pemilihan parti diselaraskan.

Setiausaha Agung PKR Dr. Fuziah Salleh berkata, Majlis Perasmian Bersama akan diadakan seperti yang dijadualkan pada 22 Mei jam 8 malam di JB Expo, Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.

Kongres Nasionl AMK dan Kongres Nasional Wanita PKR akan diteruskan pada 23 Mei dari jam 7 pagi hingga 6 petang

Menurutnya, Pemilihan Parti 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita PKR akan dilangsungkan pada hari yang sama di dua lokasi di Johor Bharu.

“Penyelarasan ini diambil demi memastikan kelancaran pelaksanaan kongres serta memberi ruang yang lebih selesa kepada semua perwakilan untuk menyertai proses demokrasi parti secara aktif dan efektif,” katanya dalam kenyataan.

Fuziah berkata, penyelarasan itu dilakukan selepas mengambil kira kebimbangan terhadap kekangan logistik dan komitmen kerja para perwakilan sekiranya kongres diadakan pada 21 dan 22 Mei.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here