KUALA LUMPUR – Legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini Nasruddin kembali dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan hoki remaja kebangsaan dengan kontrak selama tiga tahun, semalam.
Pengendali berusia 59 tahun itu menggantikan tempat I Vikneswaran yang akan bertanggungjawab mengemudi skuad negara menjelang Kejohanan Piala Dunia Remaja di Chennai, India dari 28 November hingga 10 Disember depan.
Nor Saiful pernah mengemudi skuad remaja kebangsaan dari 2016 hingga 2020 sebelum membuat keputusan melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dan mengendali pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2020.
Dia kini hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk mempersiapkan pasukan untuk melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan skuad remaja negara tidak tewas kepada pasukan yang berada di bawah ranking Malaysia ketika ini. – MalaysiaGazette