Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) dikendalikan Datuk Seri Rafizi Ramli ‘terhenti’ sejak September tahun lalu akan diaktifkan semula Sabtu ini.

Menteri Ekonomi itu dalam satu kenyataan berkata, beliau akan kembali bersiaran pada jam 9 malam untuk menjawab pelbagai isu dan persoalan.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan serta menjawab segala persoalan berkaitan isu dan polemik yang hangat diperkatakan dalam satu dua minggu kebelakangan ini,” katanya ringkas dalam perkongsian di media sosial

Katanya, podcast YBM akan dibawa keluar daripada studio ke tempat umum dan dibuka kepada orang ramai iaitu di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Selangor.

Rafizi kini berhadapan cabaran untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya selepas hampir kesemua negeri dan cabang menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk mencabar kedudukan beliau.

Selain Nurul Izzah, turut disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Ekonomi itu turut mendapat kritikan hebat selepas mengambil cuti ketika negara berhadapan dengan tarif timbal daripada Amerika Syarikat.

Ketidakhadiranya semasa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan terperinci mengenai langkah serta perancangan kerajaan dalam mendepani tindakan Amerika Syarikat di Dewan Rakyat Isnin lalu, menimbulkan persoalan.

Kali terakhir podcast Yang Bakar Menteri bersiaran adalah pada 30 September 2024 dengan seorang pempengaruh media sosial, Lim Sian See dipanggil untuk ‘berbincang’ mengenai beberapa isu yang ditimbulkan beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here