KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.7 bilion pada 30 April 2025.
Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, rizab tersebut memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. -MalaysiaGazette