Logo halal Jakim.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperkenalkan pelaksanaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara elektronik (e-Cert) bermula 5 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Semua permohonan SPHM yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia peringkat JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pada atau selepas 5 Mei 2025 akan diproses secara elektronik.

“Pemohon yang telah menerima pengesahan boleh mencetak sendiri sijil melalui sistem MYeHALAL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, syarikat yang masih memerlukan sijil dalam bentuk fizikal boleh mengemukakan permohonan rasmi melalui surat rasmi.

“Percetakan sijil secara fizikal ini akan dikategorikan sebagai cetakan semula dan dikenakan bayaran seperti yang dinyatakan dalam Klausa 13, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020,” tambahnya.

Menurutnya, langkah ini mencerminkan komitmen Jakim dalam memperkasa nilai daya cipta serta pengupayaan modal insan sebagaimana yang digariskan dalam teras Malaysia Madani.

Ia turut menyokong inisiatif digitalisasi yang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepat urusan pelanggan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here