Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM3.07 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei 2025.

Harga runcit diesel turut turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM2.77 seliter di Semenanjung manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan ia kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh yang sama.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, penurunan harga itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

Menurut MoF, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here