Ketiga-tiga pakar penyiasat dari Malaysia memulakan penyiasatan di lokasi kejadian trajedi MH17 trajedi di Ukraine ketika tinjauan di Grovova, Ukraine pada 22 Julai 2014. Gambar arkib MalaysiaGazette.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang menyelaras koordinasi dengan Wisma Putra dalam menyediakan kenyataan rasmi berhubung keputusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang mendapati Russia bertanggungjawab dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kenyataan rasmi itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat selepas penelitian dibuat terhadap dapatan dan kenyataan daripada ICAO.

“Jemaah Menteri sudah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak ICAO yang mana ia adalah berkenaan dengan penembakan pesawat MH17 pada Julai 2014,” katanya.

Menurut Fahmi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri yang satu kenyataan media akan diterbitkan oleh kementeriannya sebagai maklum balas kepada pendirian yang dinyatakan oleh ICAO.

“Kita boleh jangkakan dalam masa yang terdekat ada sedikit koordinasi dengan Wisma Putra jadi kita minta rakan-rakan media untuk nantikan kenyataan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan mungkin dalam tempoh sehari atau dua ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet yang diadakan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Isu penembakan MH17 kembali menjadi perhatian selepas ICAO dalam kenyataannya menyatakan Rusia bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang mengorbankan 298 nyawa termasuk 43 rakyat Malaysia.

MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Malaysia sebelum ini bersama Belanda dan Australia pernah mengeluarkan kenyataan bersama yang mengutuk tindakan Russia dan menuntut keadilan buat mangsa serta keluarga yang terkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here