Liam Delap. Foto Sky Sports.

LONDON – Pengurusan Manchester United telah mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan Liam Delap bagi membincangkan tentang perpindahan penyerang kelahiran England itu ke Old Trafford pada musim panas ini.

The Athletic melaporkan, Delap, 22, telah mendapat kebenaran daripada Ipswich Town untuk melakukan lawatan ke United  bagi menilai sendiri prospek perpindahannya ke United.

Namin kelab itu dilaporkan terpaksa bersaing dengan beberapa kelab lain termasuk Chelsea dan Delap dijangka akan mengadakan perbincangan rapi dengan semua kelab yang berminat sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Ketika ini, klausa pelepasan Delap bernilai £30 juta yang diaktifkan selepas Ipswich tersingkir ke Liga Kejuaraan EFL menjadikannya sasaran menarik berikutan aksi luar biasa dalam kempen sulung di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“United memiliki kedudukan kewangan kukuh untuk mendapatkan Delap dan seorang lagi pemain sasaran, Matheus Cunha tanpa mengambil kira keputusan perlawanan akhir Liga Europa menentang Tottenham Hotspur pada pagi Khamis ini.

“Antara pilihan lain yang turut boleh dipertimbangkan sekiranya usaha mendapatkan Delap tidak berjaya adalah seperti Bryan Mbeumo dari Brentford, Viktor Gyökeres dari Sporting CP dan Victor Osimhen dari Napoli,” kata laporan itu.

Delap menjadi tumpuan selepas meledak 12 gol dalam musim sulungnya di EPL sekali gus menarik minat beberapa kelab utama yang dikhabarkan berminat mendapatkan khidmatnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast