KUALA LUMPUR – Selebriti Alif Satar berkongsi momen indah apabila dapat menunaikan solat berjemaah berlatar belakang gunung bersalji ketika mengembara di New Zealand bersama kumpulannya, The Locos baru-baru ini.
“Memang rezeki kami setiap kali berhenti, pemandandangannya macam ini. Masya-Allah menakjubkan,” tulisnya atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar.
Pengacara itu turut mengingatkan orang ramai keindahan dunia hanyalah cebisan kecil berbanding ganjaran akhirat malah menyeru umat Islam agar tidak leka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
“Kalau dunia ini kita celup jari dalam laut, air yang tinggal kat jari tu pun tak sama dengan nikmat akhirat. Dunia dah lawa, syurga macam mana?
“Solat itu kunci syurga. Jangan tinggal sembahyang,” tulis pelantun lagu Jangan Nakal itu lagi. – MalaysiaGazette
















