Jemaah haji Malaysia, Mohamad Noor Mustaffar meninggal dunia di Mekah, pada Isnin 26 Mei 2025

KUALA LUMPUR – Seorang jemaah haji Malaysia, Mohamad Noor Mustaffar meninggal dunia akibat serangan jantung di Rehab Al-Janadiriyyah pada 11.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihak Lembaga Tabung Haji telah memaklumkan berita tersebut kepada waris allahyarham dan akan menguruskan keperluan jenazah termasuk perlaksanaan badal haji.

“Allahyarham pergi dalam keadaan mulia, sebagai tetamu Allah, dalam usaha menunaikan rukun Islam kelima.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.

Mohamad Noor merupakan jemaah haji Malaysia yang keempat meninggal dunia di tanah suci pada musim haji kali ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast