KUALA LUMPUR – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United tewas mengejut kepada ASEAN All-Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 malam ini.
Pemain kebangsaan Myanmar, Mg Mg Lwin muncul wira apabila membuka tirai jaringan buat ASEAN All-Stars pada minit ke-71 apabila tenang menyudahkan lorongan cantik untuk mengatasi Tom Heaton.
Keputusan itu kekal hingga tamat permainan dalam aksi yang dihadiri lebih 72,000 penyokong United.

Dalam aksi itu, bek kental England, Harry Maguire barisan pemain mUnited manakala tonggak Harimau Malaya, Sergio Aguero diberi tugas memakai lilitan kapten ASEAN All Stars.
Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan seimbang dengan United menguasai kawasan tengah hasil kawalan oleh trio berkelas dunia, Casemiro, Manuel Ugarte serta Kobbie Mainoo yang beraksi cemerlang.
Kembali selepas rehat, pengurus United, Ruben Amorim membawa masuk kapten Bruno Fernandes yang memberi impak yang positif kepada jentera tengah dan serangan United menerusi beberapa percubaan.

Namun jaringan tunggal Lwin membolehkan ASEAN All Stars muncul sebagai juara Maybank Challenge Cup edisi 2025 manakala United terus kempunan meraih trofi pada musim ini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut kerana beliau merupakan penyokong juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu.
Kali terakhir United datang ke Malaysia pada tahun 2009 menentang Malaysia XI. – MalaysiaGazette




















