Maria Grazia Chiuri. Foto AFP

PARIS – Dior mengumumkan peletakan jawatan Maria Grazia Chiuri sebagai pengarah artistik koleksi wanita bagi jenama fesyen itu selepas hampir sedekad berkhidmat.

Dior telah berkembang pesat sejak Chiuri mengambil alih jawatan itu pada 2016, sekali gus menjadikan label mewah kedua terbesar yang dikuasai LVMH dalam keadaan stabil.

Pemodenan dan aktivisme feminis beliau telah membantu Dior menarik pelanggan baharu.

Chiuri merupakan wanita pertama dilantik Pengarah Kreatif Dior selepas kariernya di Valentino dan Fendi, telah lama dikhabarkan akan meninggalkan jenama itu.

“House of Dior hari ini ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Maria Grazia Chiuri selepas kerjasama indah sebagai Pengarah Artistik koleksi Wanita sejak 2016,” kata Dior dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Chiuri dalam kenyataan sama berkata: “Selepas sembilan tahun saya akan meninggalkan House of Dior, saya gembira dengan peluang luar biasa yang diberikan.

Pereka Ireland Utara, Jonathan Anderson, yang dinamakan sebagai pengarah kreatif Dior Men bulan lepas, telah disebut sebagai pengganti yang mungkin, yang akan menjadikannya orang pertama yang mengetuai koleksi lelaki dan wanita. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast