Dalam operasi bersepadu Kachi melibatkan 225 premis yang diperiksa, seramai 1,435 individu telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa. Operasi ini melibatkan kerjasama antara tujuh agensi utama termasuk Jabatan Imigresen, DBKL, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, APM, St. John Malaysia, dan TNB.
Turut serta ialah elemen khas PDRM seperti FRU, PGU, GSJ, Jabatan Siasatan Trafik dan UTK. Warga Myanmar mencatatkan bilangan tertinggi dalam pemeriksaan. Pelbagai kesalahan dikenal pasti termasuk di bawah undang-undang imigresen serta peraturan agensi teknikal dan perbandaran.















