KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan seluruh masjid-masjid di Negeri Selangor untuk membacakan doa khas memohon kesembuhan kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, selepas solat Jumaat hari ini.
Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke pusat penjagaan kesihatan itu sejak dua hari lalu.
Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan, baginda mengalami keletihan selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur, Rabu lalu. -MalaysiaGazette














