The scene of the fatal accident involving at least 14 students of the Sultan Idris Education University (UPSI) on the East-West Highway in Gerik, this morning.

KUALA LUMPUR – Setakat ini belum dipastikan jumlah pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam nahas tragis di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.

Ini kerana, nahas itu turut membabitkan kenderaan lain iaitu Perodua Alza dengan empat orang penumpang.

Menurut Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, seramai 44 orang pelajar UPSI telah memberi nama untuk menaiki bas berkenaan tetapi hanya 42 sahaja yang naiknya.

Bas yang disewa dengan numbor pendaftaran PLD 8892 dari Jerteh ke UPSI, Tanjung Malim.

Berdasarkan maklumat terkini, seramai tujuh orang masih di Zon Merah, 20 orang (Zon Kuning) dan 2 (Zon Hijau) di Hospital Gerik.

Sehingga berita ini ditulis, seramai 15 orang meninggal dunia dalam nahas ini termasuk 13 di tempat kejadian dan dua di hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast