KUALA LUMPUR – Yayasan Pelajaran Mara menyalurkan bantuan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada Saya sendiri kepada beberapa keluarga mangsa terkorban dan terselamat di Hospital Gerik, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, hati beliau amat tersentuh melihat keadaan mangsa serta bertemu sendiri dengan ahli keluarga mereka di Hospital Gerik.
Lebih memilukan apabila ada dalam kalangan mereka yang menerima khabar kehilangan insan tersayang sejurus sampai di tempat kejadian dari Jerteh.
“Doa kami mengiringi semua mangsa agar diberi kekuatan dan kesembuhan segera. Semoga keluarga yang kehilangan terus tabah menghadapi ujian yang amat berat ini,” ujarnya dalam perkongsian di Facebook. – MalaysiaGazette
















