Ketua Pematuhan Undang-undang Maxim Malaysia, Mushfique Ahmed berkata Maxim Malaysia mengesahkan bahawa mereka mematuhi arahan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan komited untuk memastikan semua operasi e-hailing dijalankan secara sah di Malaysia. Maxim juga menyatakan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan integriti dan keselamatan pengguna terjamin.















