KUALA LUMPUR – Lebuhraya Sungai Besi, Besraya (M) Sdn Bhd akan melaksanakan satu latihan bencana yang melibatkan gangguan bekalan elektrik di Plaza Tol Mines Selatan.

Latihan bencana yang dijadualkan pada hari ini, 11 Jun 2025 bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari untuk menilai tahap persediaan kakitangan Besraya dalam menghadapi bencana terutamanya Jabatan Operasi Tol.

Latihan ini juga bertujuan untuk menguji kefungsian alat sokongan dan peralatan sistem tol serta pengaktifan Emergency Response Procedure (ERP) dilaksanakan dengan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, latihan ini dapat meningkatkan hubungan baik dan komunikasi di antara agensi kerajaan dan syarikat konsesi.

Selain itu juga, latihan ini dapat memberi pengajaran dan pengalaman kepada petugas-petugas lebuh raya supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi sebenar.

Menurutnya, Besraya  akan memastikan maklumat trafik berkenaan latihan ini dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan petugas lebuh raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast