Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajib bertindak keras terhadap guru yang menyinggung perasaan keluarga pelajar Uversiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi di Gerik baru-baru ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, kenyataan guru berkenaan bukan bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat tetapi juga dalam kalangan guru.

Katanya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Puad, kalau benar guru itu menghidap penyakit skizofrenia, KPM mesti buat siasatan rapi kerana ia penyakit mental.

“Bagaimana dia boleh jadi guru? Jika penyakit itu datang kemudian, kita bimbang mungkin ada lagi guru skizofrenia di sekolah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, kebiasaannya selepas solat jenazah, waris akan berucap, jika si mati ada hutang jumpalah keluarganya untuk menuntutnya.

“Sebab itu terima kasih KPT kerana beri pengecualian bayar balik jika ada yang meminjam PTPTN,” ujarnya.

Seorang guru didakwa mencetuskan kontroversi dengan memuat naik hantaran yang jelik sehingga mengguris hati ahli keluarga 15 pelajar UPSI yang maut di Jalan Gerik-Jeli pada Isnin lalu meminta maaf semalam.

Sebelum itu tular di media sosial memaparkan status di Facebook milik guru itu, Khalid Yunus menyatakan kematian kesemua mangsa itu adalah sebagai dalam keadaan hina.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan kesemua mangsa bukan kalangan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“15 penuntut UPSI mati dalam keadaan hina! 15 penuntut UPSI yang maut kemalangan bas ekspres bukan orang beriman kera mati dalam berhutang dengan PTPTN.

“Mana mungkin mereka orang beriman kerana tidak dibenarkan masuk syurga, suc mereka juga banyak dosa?

“Jadi, nerakalah tempat mereka iaitu tempat yang sehina-hina tempat,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast