Pasukan penyelamat berhampiran serpihan pesawat Air India 171 selepas ia terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang di Ahmedabad pada 12 Jun 2025. foto AFP

NEW DELHI – Seorang penumpang pesawat Air India yang terhempas di kawasan perumahan selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad disahkan selamat.

Komisioner Polis, GS Malik berkata,  penumpang itu duduk di kerusi 11A.

Mengikut data penerbangan, nama mangsa yang selamat itu ialah Ramesh Vishwakumar.

“Seorang penumpang ditemui hidup dan telah menerima rawatan di hospital,” katanya yang dipetik media tempatan.

Malik berkata, polis tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang terkorban setakat ini.

Namun, jumlahnya dijangka meningkat kerana pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan.

Semasa kejadian, pesawat tersebut membawa 242 orang penumpang.

Boeing 787 Dreamliner berlepas dari Ahmedabad sekitar jam 1.17 tengah hari waktu tempatan menuju ke Lapangan Terbang Gatwick, London.

Nahas dilaporkan berlaku beberapa minit selepas berlepas, di kawasan Meghani Nagar.

Ia dikatakan kehilangan altitude sejurus berlepas pada ketinggian 825 kaki sebelum terhempas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast