KUALA LUMPUR – West Coast Expressway (WCE) mengumumkan kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SAE (KESAS) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Banting, akan bermula pada 13 Jun 2025 (Jumaat) jam 12.01 tengah malam.
Jajaran Seksyen 2 sepanjang 7.2 km (Persimpangan Bertingkat SAE – Persimpangan Bertingkat SKVE) ini telah dibuka pada 22 Januari 2025 lalu.
Kadar Tol dan kaedah pembayaran kadar tol di Seksyen 2 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.
Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE.
Kutipan tol Seksyen 2 ini akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, Smart Tag dan RFID.
Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.
Berikut adalah pecahan kadar tol (WCE & SKVE) mengikut kelas kenderaan yang telah
ditetapkan:


















