Wan Saiful bersama isteri baharunya, Nurul Maslina Mohd Sobri dalam Majlis Walimatulurus yang diadakan di kediamannya di Sungai Ramal, Kajang, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan hati, Nurul Maslina Mohd Sobri.

Dalam kenyataan ringkas, beliau menyatakan kesyukuran atas pernikahannya itu.

Majlis dan doa selamat secara ringkas diadakan bersama keluarga dan rakan terdekat di kediamannya di Sungai Ramal, Kajang hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir meraikan majlis kami yang sederhana ini terutamanya kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah serta kepimpinan yang lain,” katanya.

Turut kelihatan menghadiri majlis tersebut, Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Radzi Jidin, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Datuk Saifuddin Abdullah serta rakan-rakan pemimpin NGO yang lain.

Setahun yang lalu, isteri beliau Datin Alena Omar meninggal dunia akibat kanser. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast