Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Bapa kepada semua insan bergelar bapa.

Titah baginda, seorang bapa bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah merupakan sumber kekuatan serta pembimbing dalam kehidupan anak-anak.

“Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang serta didikan yang tidak ternilai. Walaupun kadang kala tidak terucap dengan kata-kata, jasa dan cinta seorang bapa sentiasa tersemat di hati.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda seperti yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast