pengasas minuman kesihatan Maamy Mineral Essence (MME), Hasmah Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bagi yang bergelar ibu tunggal bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan namun bagi Hasmah Mohamad ia merupakan cabaran kepadanya.

Ia tidak mudah buat Hasmah atau lebih mesra disapa Maamy namun dia kini mampu berbangga kerana menjadi pengasas sebuah produk minuman kesihatan.

Bagi Hasmah Mohamad, dia akui tidak mudah untuk dirinya membina empayar perniagaannya sendiri selama 16 tahun setelah bergelar ibu tunggal kepada lima orang anak.

“Kejayaan yang dikecapi dalam bisnes hari ini tidak seindah yang orang lihat kerana kesukaran hidup yang saya lalui hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa.

“Kejatuhan rumah tangga di saat saya bergantung sepenuhnya kepada bekas suami, buat saya terduduk dan hilang arah serta ditambah pula anak-anak masih kecil ketika itu.

“Anak-anak yang menyebabkan saya boleh berdiri sampai ke hari ini dan kalau bukan disebabkan anak, rasanya sudah lama saya mati,” katanya wanita kelahiran Kelantan itu.

Hasmah turut mengakui seorang ibu tunggal itu sering dipandang hina sekiranya tiada kelulusan akademik tinggi apatah lagi harta.

Namun katanya, platform media seperti berjaya mengubah hidupnya selepas aktif dalam sesi live apabila rajib rahsia kejayaan dan tips mengharungi kehidupan yang mencabar sebelum ini.

Bagi wanita berusia 55 tahun ini, kesempatan itu adalah peluang untuk dirinya berkongsi perkara-perkara positif yang boleh membangkitkan motivasi serta inspirasi.

 

Hasmah mengingatkan kepada para wanita di luar sana agar tidak mudah mengalah dengan dugaan yang datang menguji.

“Saya seronok berkongsi perkara-perkara baik bersama pengikut di TikTok dan yang penting apa sahaja kita buat mestilah dengan hati yang ikhlas.

“Jangan lupa mintalah apa sahaja dengan Allah kerana apabila kita ‘jatuh meniarap’, jangan kata masyarakat, adik beradik pun belum tentu ada untuk kita. Malah kita dihina apabila tiada apa-apa.

“Begitu juga dengan sahabat, mereka hilang ketika kita susah. Namun saya ada sahabat sejati yang sentiasa menyokong walau dalam apa keadaan sekali pun,” katanya yang kini memiliki empat pejabat cawangan.

Hasmah turut menyedari kesilapannya dahulu yang berpesan kepada anak-anak agar tidak perlu memiliki pendidikan tinggi dan biar sahaja menjadi suri rumah kelak.

Namun pendirian itu berubah sama sekali selepas dia berpisah dengan bekas suami.

“Kepada wanita di luar sana, ingatlah kita wanita, orang kata tangan yang menghayun buaian, boleh menggegarkan dunia,” katanya yang menjadikan sedekah antara amalan yang membolehkan kita dimurahkan rezeki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast