Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Jalan Duta. Foto AIZAT ZAINAL, 25 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – SIRIM diberi mandat sebagai satu-satunya badan pemeriksa dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, seiring dengan prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, Malaysia terbuka untuk mengeluarkan COA bagi import sisa plastik selagi pengimport mematuhi semua syarat di bawah undang-undang Malaysia, dan pengeksport berasal dari atau merupakan warga negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Basel.

Pengimport yang ingin membawa masuk sisa plastik ke negara ini boleh merujuk kepada Garis Panduan SIRIM untuk Pengimportan dan Pemeriksaan Sisa Plastik:
https://www.sirim-qas.com.my/wpcontent/uploads/2025/05/faq-importation-of-waste-plastic-1.pdf

MITI berkata, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan import sisa atau terlibat dalam aktiviti import sisa secara haram.

Tambahnya, MITI jua kekal komited dalam memudahkan persekitaran perdagangan yang sah, bertanggungjawab dan mesra alam bagi menyokong matlamat sosioekonomi mampan Malaysia, sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa dan komitmen global pelbagai hala dalam melindungi alam sekitar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast