Gelagat petugas-petugas bergambar dengan buah-buahan tempatan pada Fiesta Buah-Buahan Tempatan bersama Takaful Malaysia di Lanai MATIC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Kira-kira 150 pengamal media daripada pelbagai agensi diraikan dalam satu program fiesta makan buah-buahan tempatan anjuran Takaful Malaysia yang diadakan di ibu negara hari ini.

Fiesta makan buah-buahan tempatan itu merupakan pertama kali dianjurkan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara pihak berkenaan dengan pengamal media yang memberikan sokongan dalam apa jua aktiviti dilakukan.

Gelagat pengunjung pada Fiesta Buah-Buahan Tempatan bersama Takaful Malaysia di Lanai MATIC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2025

Antara buah-buahan yang disediakan oleh penganjur untuk dinikmati seperti pelbagai jenis durian, manggis dan juga rambutan.

Ketua Perhubungan Awam serta Pengurusan Media Jenama dan Komunikasi Takaful Malaysia, Firdaus Nasir berkata, program makan buah-buahan itu adalah salah satu daripada usaha pihak Takaful Malaysia menzahirkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga terhadap media yang tidak pernah jemu mempromosikan produk-produk mereka.

Gelagat rakan-rakan media yang hadir untuk menikmati buah-buahan tempatan pada Fiesta Buah-Buahan Tempatan bersama Takaful Malaysia di Lanai MATIC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 04 JULAI 2025

Justeru bagi menghargai jasa mereka pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, IOI dan D24 ditempah dari pembekal di Johor untuk dinikmati secara bersama.

“Lagipun sekrang ini Tengah musim durian dikebanyakan tempat. Jadi, kita mengambil peluang untuk menghargai jasa dan sokongan media kepada kami dengan berkumpul beramai-ramai sambil makan buah-buahan secara bersama seperti ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast