Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat seorang penceramah bebas yang didakwa menyebarkan video seks membabitkan isterinya dan beberapa wanita lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ia susulan laporan yangd diterima pihaknya daripada pengadu yang juga isteri kedua penceramah berkenaan, 16 Jun lalu.

Jelas beliau, wanita tersebut mendakwa suaminya telah menyebarkan video seks yang melibatkan dirinya, madunya serta beberapa wanita lain.

“Susulan itu, polis telah menahan penceramah berkenaan pada 1 Julai (Selasa) lalu dan merampas dua telefon bimbit serta sebuah komputer riba milik suspek.

“Hasil semakan ke atas telefon bimbit tersebut menemui beberapa video seks membabitkan suspek bersama isteri-isterinya serta gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Menurut Mohd. Iqbal suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Beliau turut meminta individu yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mira Noraien Norashid di talian 011-1143 0765. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast