KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki Pakistan susulan empat laporan polis berhubung dakwaan meliwat sekurang-kurangnya empat budak lelaki berusia sembilan, 13, 14 dan 19 tahun
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes yang berlaku di Seksyen 27 dan Seksyen Shah Alam, sejak April lalu.
”Kami percaya jenayah itu dilakukan oleh seorang lelaki Pakistan yang dikenali sebagai Muhammad Hassan dengan beralamat terakhir di Flat Taman Negara, Seksyen 27
”Suspek dipercayai berpura-pura meminta pertolongan daripada mangsa sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diliwat atau dicabul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, suspek dipercayai tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Menurut Mohd. Iqbal mpat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Beliau turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Insp Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial memaparkan kebimbangan penduduk mengenai tindakan kumpulan warga Pakistan meminta pertolongan daripada kanak-kanak dan remaja lelaki yang berusia 18 tahun ke bawah. – MalaysiaGazette
















