Foto IG Fikry Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menegaskan dirinya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti Forex selepas ditegur netizen susulan memuat naik carta pelaburan berbentuk candlestick.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menjelaskan, carta itu dikongsi bukan berkait pertukaran mata wang asing sebaliknya merupakan paparan pergerakan pasaran saham yang diikuti secara kecil-kecilan.

“Semalam saya kongsi carta ada candle tu. Ada orang komen, ‘abang, forex itu haram’. Kalian, terima kasih atas peringatan tapi jangan risau. Saya tak main Forex pun. Itu adalah saham,” katanya dalam TikTok miliknya.

Fikry menambah, pelaburan saham menjadi salah satu sumber pendapatan pasif terutama ketika tidak aktif dalam dunia seni.

“Kalau duduk di rumah, tak banyak job (kerja), inilah cara saya jana pendapatan pasif. Insya-Allah, saham ini boleh jadi rezeki tambahan buat sesiapa yang rajin belajar,” ujarnya.

Namun begitu, pengacara program Melodi itu berkata, pelaburan bukan perkara boleh dibuat secara semberono sebaliknya perlu menuntut ilmu dan pemahaman yang mendalam sebelum terlibat sepenuhnya.

“Perkara macam ni kena ada ilmu. Kalau tak belajar, memang boleh rugi dan silap langkah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast