Penyanyi, Nadin Amizah. Foto : Laman Instagram

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Nadin Amizah meluahkan perasaan jijik dan kecewa selepas sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan di Pasar Senggol, Summarecon Mall Bekasi semalam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi berusia 25 tahun itu memaklumkan kejadian berlaku apabila peminat merempuh kawasan keselamatan yang telah dipagar dan melanggar kawalan pasukan keselamatan serta pengawal peribadinya.

“Saya sangat kecewa dengan kalian. Bukan semua tapi segelintir yang menolak dan merempuh kami walaupun kawasan itu sudah dipagar.

“Malam ini terjadi lagi, tubuh saya yang sangat saya jaga disentuh orang sesuka hati,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, penyanyi lagu Rayuan Perempuan Gila itu turut menyalahkan diri sendiri apabila membiarkan insiden yang sama berulang walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ini.

“Saya marah sangat dengan diri sendiri sebab benda ini terjadi lagi. Rasa sangat kotor dalam tubuh sendiri. Kalian semua bukan peminat” tambahnya.

Luahan tersebut menerima simpati dan sokongan padu daripada peminat yang rata-ratanya kecewa dengan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab sehingga sanggup melanggar batas dan ruang peribadi artis kesayangan mereka.

“Sebagai seorang wanita, saya sangat memahami dan berasa sedih, marah selepas baca luahan Nadin,” tulis seorang peminat.

“Kenapa sukar nak jaga batas dan hormat ruang peribadi antara peminat dan penyanyi? Tangan tu gatal sangat nak meraba orang, tak faham dengan orang Indonesia ni, tiada adab,” ujar seorang netizen.

“Sumpah sedih dan marah baca luahan Nadin, sebagai wanita saya sangat memahami,” tulis seorang peminat.

“Kenapa susah sangat nak jaga batas dan hormat ruang peribadi seseorang? Tangan tu gatal sangat nak meraba orang, tak faham dengan orang Indonesia ni, takde adab,” tegas seorang netizen.

“Dah banyak kali terjadi. Fans macam ni bukan peminat tapi predator,”  komen pengguna lain.

Ini bukanlah kali pertama Nadin menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan. Pada September tahun 2023, beliau pernah menyuarakan kemarahan terhadap peminat selepas diraba ketika mengadakan persembahan di Bandung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast