KUALA LUMPUR – Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Ahmad Kerya meninggal dunia di Makkah semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Allahyarham merupakah jemaah dari KT099, Maktab 81 (PJH: Al Balad) menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.22 petang di Hospital King Abdul Aziz, akibat septicemic shock secondary to pneumonia with multi organ failure.
Allahyarham berusia 70 tahun dan berasal dari Kodiang, Kedah, meninggalkan seorang isteri yang turut bersama di Tanah Suci serta anak-anak di tanah air.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum.
“Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin,” katanya dalam perkongsian beliau menerusi Facebook. – MalaysiaGazette
















