penjara
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pembangunan sekolah agama berjumlah RM140,000, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata polis menerima dua laporan berhubung kes penipuan berkenaan, masing-masing di daerah Gombak dan Shah Alam membabitkan dua mangsa iaitu wanita tempatan berusia awal 40-an. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast