KUALA LUMPUR – Presiden Donald Trump mengumumkan penulis dan komentator konservatif, Nick Adams dicalonkan sebagai bakal Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.
Dalam hantaran di Truth Social, Trump menyifatkan Adams yang juga penyokong kuatnya sebagai seorang patriot yang disegani serta usahawan berjaya.
“Saya dengan bangga mengumumkan Nick Adams akan dicalonkan sebagai Duta Amerika Syarikat ke Malaysia nanti.
“Nick adalah penulis terkenal, speaker dan komentator. Beliau merupakan lulusan University of Sydney dan menjadikan misi hidupnya untuk mengangkat nilai Amerika Yang Hebat. Tahniah, Nick,” katanya.
















