Cheah Soon Kit kini berusia 57 tahun.

KUALA LUMPUR – Legenda berege badminton negara, Datuk Cheah Soon Kit kembali ke dalam bidang bidang kejurulatihan apabila menyertai Badminton England (BE) sebagai jurulatih jemputan.

Soon Kit, 57, menjadi pilihan BE bagi membantu persiapan negara itu menghadapi Kejohanan Dunia di Paris bulan depan.

BE menerusi satu kenyataan semalam menyambut baik kehadiran pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1994 itu ke pusat latihan mereka.

“Kami teruja menerima kehadiran seorang lagi bintang badminton berpengalaman di gelanggang keramat di Pusat Badminton Kebangsaan dengan Cheah Soon Kit menyertai barisan kejurulatihan Badminton England sebagai jurulatih jemputan.

“Bekas pemain beregu lelaki Malaysia ini dijangka mempertingkatkan barisan kejurulatihan kami menjelang Kejohanan Dunia,” menurut kenyataan itu.

Soon Kit yang muncul juara beregu lelaki Seluruh England 1994 bersama Soo Beng Kiang (depan).
Soon Kit merupakan bekas ketua jurulatih beregu lelaki negara dan antara pemain yang menerima ‘sentuhannya’ sebelum ini adalah beregu wanita Chin Ee Hui-Wong Pei Tty dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Minggu lalu, Soon Kit yang muncul juara beregu lelaki Seluruh England 1994 bersama Soo Beng Kiang mengesahkan beliau berlepas ke Eropah selepas menerima pelawaan untuk menjadi jurulatih.

Kali terakhir Soon Kit yang pernah membantu Malaysia menamatkan kemarau menjuarai Piala Thomas pada 1992 bersama skuad kebangsaan adalah pada 2018 sebelum kontraknya bersama Persatuan Badminton Malaysia tamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast