AMERIKA SYARIKAT – Chelsea mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) pada final Piala Dunia Kelab awal pagi tadi pabila menewaskan juara Eropah itu 3-0 di Stadium MetLife untuk menjuarai edisi sulung kejohanan baharu anjuran FIFA.
PSG dilabel sebagai pilihan utama untuk memenangi perlawanan itu yang turut dihadiri Donald Trump selepas tiba di Amerika Syarikat dengan status sebagai juara Liga Juara-Juara UEFA selain membelasah Real Madrid 4-0 pada separuh akhir.
Cole Palmer muncul wira meledak dua gol manakala Pedromencatat nama sebagai penjaring bagi gol ketiga iaitu pemain Brazil yang baharu ditandatangani dari Brighton
Keputusan perlawanan itu di luar jangkaan ramai namun Chelsea menamatkan musim panjang mereka dengan penuh bergaya dengan muncul juara pertama kejohanan Piala Dunia Kelab 32 pasukan, selain turut menjuarai Liga Konferens UEFA dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga keempat.
Terdapat suasana cukup meriah di Stadium MetLife, berlatarbelakangkan panorama bandar Manhattan dengan kehadiran Presiden Trump dan Wanita Pertama Melania Trump bersama 81,118 penyokong.
Ini merupakan kali kedua dalam tempoh enam minggu PSG terbabit dalam perlawanan akhir yang berubah menjadi aksi berat sebelah.
Sebelum ini mereka membelasah Inter Milan 5-0 pada final Liga Juara-Juara, namun kali ini mereka pula dibelasah oleh Chelsea dalam cuaca panas. – Agensi















