isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab besar membawa pulang Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sekiranya usahawan dalam pemburuan itu benar-benar berada di Shanghai, China seperti dilaporkan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, rakyat berasa hairan mengapa begitu sukar untuk mengesan dan membawa pulang Jho Low untuk dibawa ke muka pengadilan.

Beliau mendakwa sebelum ini bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah berjanji pada akhir Disember 2019 Jho Low akan dibawa balik ke Malaysia.

Bahkan, Abdul Hamid juga pernah mendakwa, Jho Low tukar identiti jadi beruang-berjalan macam seladang.

“Semua itu sembang kari dan memalukan. Kita merasa hairan macam mana dia yang sudah bersara boleh jadi KPN. Sebab itu Tun M juga jangan sembang kari kononnya perlantikan Ketua Hakim Negara tidak bebas. Cermin diri sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, sebab itu sebelum ini peguam Tan Sri Shafie Abdullah mendakwa perbicaraan ke atas Najib hanyaberasaskan hearsay” kerana Jho Low dan Nik Faisal tidak ada di mahkamah.

Oleh itu, kes berkenaan patut dibuang.

Semalam, beberapa media antarabangsa yang memetik dua wartawan penyiasat iaitu Bradley Hope dan Tom Wright mendakwa  Jho Low kini tinggal di Shanghai menggunakan identiti palsu dengan nama ‘Constantinos Achilles Veis’ serta pasport Australia palsu.

Pendedahan itu dibuat dua wartawan berkenaan yang membongkar skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Bradley Hope dan Tom Wright dalam episod khas Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright.

Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kerajaan China berhubung keberadaan beliau.

Sementara itu, Mohd Puad turut mempersoalkan sama ada kepercayaan rakyat  wujud konspirasi dalam tuduhan terhadap Najib yang dikaitkan dengan Jho Low selama ini adalah berasas.

“Sekarang hanya karma yang membantu menjawab kemusykilan rakyat. Tun Mahathir, Muhyiddin, Tommy Thomas, Latheefa Koya dan Terriruddin hilang kedudukan yang diimpikan dengan cepat sekali,” katanya.

Jho Low kekal sebagai suspek utama dalam skandal 1MDB dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia serta antarabangsa sejak 2018. Notis merah Interpol terhadapnya masih berkuat kuasa. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. sudah sampai masa kita kena gunakan khidmat puad untuk tangkap jo lo. dia ada maklumat. polis macam gagal maka puad boleh gantikan . dia banyak idea. dia tersohor. semua benda dia tahu. terbaik puad

  2. Nik Faisal pun tak dapat dikesan..heran sungguh laaa…tu belum kita menantu Muhyidin lagi..semua hilang tanpa dapat dikesan…

Comments are closed.