KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mencabar supaya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat secara sulit dan bebas daripada sekatan terhadap Whip (pembangkang).
Namun, dakwa beliau, Anwar tidak akan berani membenarkan usul sedemikian kerana menyedari kemungkinan akan hilang jawatan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan akan tumbang.
Ia, katanya, memandangkan terdapat dakwaan dari blok kerajaan sendiri yang mana Langkah Dubai yang dirancang sebelum ini mampu mengumpul 123 sokongan ahli Parlimen untuk mencalonkan Perdana Menteri baharu daripada Perikatan Nasional (PN).
“Memandangkan Anwar tidak mungkin berani mengadakan undian tidak percaya secara sulit dan bebas daripada sekatan Whip maka 26 Julai 2025 ini, rakyat akan terus berhimpun dan mendesak Anwar turun dan meletakkan jawatan,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Awal hari ini, Anwar memberi amaran tegas sebarang cubaan mencabar prinsip Perlembagaan Persekutuan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan melalui kaedah yang tidak sah adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak akan dikompromi.
Kata Anwar, sekiranya pembangkang benar-benar mempunyai sokongan majoriti, mereka boleh mengemukakan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat seperti yang termaktub dalam sistem demokrasi berparlimen.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi pemasyhuran Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 hari ini mengesahkan, Dewan Rakyat tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya untuk dibentangkan sepanjang 24 hari sidang berlangsung sehingga 28 Ogos depan. – MalaysiaGazette

















usul undi tidak percaya dibuat secara senyap? Seumpama tindakan pengecut dan bukan atas sifat kejantanan sebenar.. Sama lah baling batu sembunyi tangan. Jadi anak jantan bukan kawanan GAY berlagak hero..memalukan untuk buat secara sulit.