Fizz Fairuz.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz menarik perhatian netizen apabila memuat naik video penuh sindiran terhadap individu yang disifatkan sebagai ‘batu api’ atau penghasut.

Menerusi perkongsian dalam TikTok miliknya, Fizz menyelar sikap segelintir manusia yang suka melaga-lagakan orang lain.

“Seronok jadi batu api? Apa yang kau dapat dengan menghasut orang? Bangga bila kau jadi punca pergaduhan? Puas bila dua insan bertengkar kerana kau?

“Bila orang bertelingkah kau tambah bara. Bila mereka berselisih, kau galak menyibuk. Bahaya kalau berkawan dengan manusia sebegini,” ujarnya yang dilihat sedang memandu sambil merakam video dengan rakaman audio.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 45, bagaimanapun tidak menulis sebarang nama atau petunjuk jelas namun hanya meninggalkan kapsyen ringkas yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Seronok? Itulah nama manusia,” tulisnya lagi.

Jumaat lalu, Fizz mengumumkan pengunduran diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas setahun enam bulan bersama segmen Morning Morning Suria.

Menurutnya, keputusan dibuat demi memberi fokus terhadap keluarga serta membantu isterinya dalam menguruskan anak-anak.

Selepas itu, isteri aktor itu yang juga pelakon, Almy Nadia memuat naik hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Kata-katanya seolah-olah memberi bayangan keputusan Fizz meninggalkan stesen radio tersebut bukan atas kehendak sendiri sebaliknya didorong oleh tekanan pihak tertentu.

“Permulaan yang baik, ditemukan dan dikelilingi orang baik. “Dijauhi daripada orang yang berhati busuk dan suka aniaya orang. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah,” tulis Almy. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast