Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan gimik perasmian pembukaan Majlis Perasmian Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025, Seni Bina Antarabangsa, Reka Bentuk Dalaman Dan Pameran Bangunan (ARCHIDEX) ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025 menjadi platform penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pembangunan hartanah mampan di rantau ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, transformasi itu hanya dapat dicapai melalui kolaborasi erat antara kerajaan, industri dan masyarakat melalui pendekatan Perkongsian Awam-Swasta-Rakyat (4P).

Justeru menurutnya, fokus utama AREC 2025 meliputi inovasi teknologi seperti pembinaan modular, bandar pintar dan pemodelan maklumat bangunan atau Building Information Modeling (BIM).

“Fokus lain adalah mekanisme pembiayaan kreatif untuk penyediaan perumahan inklusif; dan penyelesaian berasaskan impak yang menekankan kesaksamaan sosial dan daya tahan kepada perubahan iklim.

“Dengan jangkaan kehadiran melebihi 56,000 pengunjung, penyertaan melebihi 1,000 syarikat serta unjuran nilai pelaburan mencecah RM2 bilion, AREC 2025 dijangka menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor hartanah serantau dan pemangkin kepada pertukaran idea, inovasi dan amalan terbaik merentasi sempadan ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian AREC 2025, Seni Bina Antarabangsa, Reka Bentuk Dalaman Dan Pameran Bangunan (ARCHIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Nga Kor Ming berucap pada pembukaan Majlis Perasmian Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025, Seni Bina Antarabangsa, Reka Bentuk Dalaman Dan Pameran Bangunan (ARCHIDEX) ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2025.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, AREC 2025 merangkumi tiga komponen utama iaitu forum seperti ssi pembentangan dan dialog bersama pakar industri serantau dan antarabangsa dalam bidang hartanah, pembinaan mampan, teknologi pintar, dan perancangan bandar berdaya tahan.

Katanya, turut diadakan sesi padanan perniagaan yang menghimpunkan lebih 200 syarikat dari seluruh ASEAN dalam sektor hartanah dan pembinaan.

Fadillah Yusof diiringi Nga Kor Ming melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) dan Pameran Seni Bina Antarabangsa, Reka Bentuk Dalaman Dan Pameran Bangunan (ARCHIDEX) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 JULAI 2025.

“Selain itu, Pameran hartanah ASEAN yang berlangsung serentak dengan ARCHIDEX 2025 dan ia merupakan antara pameran terbesar Asia dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama strategik Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan C.I.S Network AREC 2025 da ARCHIDEX 2025 bermula hari ini selama empat hari.

Bertemakan “The Real Estate Renaissance: Innovate, Integrate, Impact”, AREC 2025 merupakan inisiatif pertama seumpamanya di rantau ASEAN yang dianjurkansempena pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Persidangan ini menjadi wadah utama untuk membincangkan isu-isu perumahan serantau serta menggalakkan kerjasama rentas sektor dalam pembangunan hartanah dan bandar mampan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast