KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang disifatkan tidak sepadan dengan teaser (acah) kononnya ia merupakan pengumuman besar.
Menurutnya, selain bantuan tunai one-off RM100 untuk semua rakyat dewasa, pengumuman lain disifatkan sebagai biasa dan boleh sahaja diumumkan pada bila-bila masa terutama menjelang Bajet 2026.
Bagaimanapun, dakwa beliau, Anwar terpaksa mengumumkan bantuan itu segera kerana mahu mengurangkan momentum kemarahan rakyat menjelang himpunan aman Turun Anwar, Sabtu ini.
“Umpamanya, tidaklah padan dengan teaser yang ditayangkan seminggu sudah seolah-olah filem pecah panggung, rupanya filem cap ayam menggunakan software ciplak untuk proses editing,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Anwar menerusi pengumuman khas Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini antara lain mengumumkan bantuan tunai one-off RM100 kepada rakyat dewasa selain jaminan harga petrol turun kepada RM1.99 menjelan akhir September ini.
Turut diumumkan adalah tambahan sebanyak RM300 juta bagi program Jualan Rahmah MADANI serta tiada kenaikan tol sepanjang tahun ini.
Sementara itu, Ahmad Fadhli turut menyindir pengumuman penurunan harga petrol sebanyak lima sen sebagai tidak sepadan untuk dibuat Perdana Menteri secara langsung di televisyen.
Berhubung kenaikan harga lantai padi pula, ujar beliau, pada hakikatnya kos pengeluaran jauh lebih tinggi berbanding harga lantai dengan pihak yang menanggung untung ialah tauke, bukannya pesawah.
“RM2 billion bantuan tunai tiada apa-apa erti berbanding RM7.5 billion hasil penyasaran subsidi diesel.
“Tiada yang berimpak jangka masa panjang. Hanya pengumuman biasa. Turun tetap Turun! 26 Julai jumpa di Kuala Lumpur,” katanya. – MalaysiaGazette

















Apa sebenarnya yg PAS hendak…???
masa pemerintahan 33 bulan apa yg telah KAMU lakukan .
PAS boleh bagi apa aje. Tun milo tin milo tin milo
Tidak bersyukur,Allahuakbar Subhanallah…