KUANTAN – Aktiviti mengacau dan membubat bubur Asyura menjadi rutin tahunan dalam kalangan ibu bapa Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Kompleks Penyayang Kuantan, di sini.

Bagi Wan Murtaza Wan Mohammad, 54, aktiviti kali ini berlainan tanpa kehadirannya anak yang pernah menjadi pelatih di PPDK itu selama sembilan tahun.

Jelas beliau, biarpun anaknya yang berusia 18 telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, namun penglibatannya bagi menjayakan aktiviti gotong royong membuat bubur diteruskan.

”Kali ini, saya terkenang kasih sayang anak saya di pusat ini ketika mengacau bubur. Sudah empat bulan dia telah pergi, namun sebagai bapa yang memiliki anak syurga saya kembali sumbangkan tenaga di sini.

”Dia sudah tiada tapi kerjasama antara pengurusan, ibu bapa, dan anak-anak di sini (PPDK KP) masih utuh. Saya bersyukur setiap tahun mengetuai aktiviti mengacau bubur,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Difahamkan anaknya menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada-paru di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Ramadan lalu pada usia 16 tahun

Menggunakan resepi bubur Asyura dari Kelantan, aktiviti gotong itu turut dibantu oleh 10 ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selain 22 ibu bapa yang hadir hari ini.

Penolong Pegawai Rela Kuantan, Syahril Zolkepli berkata, pembabitan badan tersebut sebagai tanda sokongan kepada institusi Orang Kelainan Keupayaan (OKU) dan masyarakat setempat.

Syahril Zolkepli

Selain itu, aktiviti gotong-royong sempena pengimarahan sambutan kemerdekaan akan diadakan pada bulan Ogos nanti juga disertai skuad Rela.

Bubur Asyura adalah hidangan tradisional yang memiliki nilai budaya, khususnya dalam masyarakat Melayu di Malaysia, Indonesia di Aceh dan Sumatra, Brunei, dan juga beberapa kawasan di Thailand Selatan.

Nama “Assyura” berasal dari kata Arab “Ashura”, yang merujuk pada hari ke-10 bulan Muharram dalam kalender Islam.

Menurut sumber, sejarah Hari Asyura (10 Muharram) merupakan hari penting dalam Islam. Bagi umat Islam Sunni, ia dikenang sebagai hari Nabi Musa diselamatkan dari Firaun, manakala bagi umat Islam Syiah, ia adalah hari syahidnya Imam Husain cucu Nabi Muhammad SAW di Karbala. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast