Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan segera melaksanakan perjawatan bagi lebih 4, 000 jawatan untuk doktor kerajaan termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak tahun ini seperti yang diumum Perdana Menteri pada Rabu lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Itu kami sangat bersyukur… Apa yang tetap saya perjuangkan khas untuk doktor dan yang lain (jawatan lain adalah) kita mahu (yang berjawatan kontrak)  mereka diberikan jawatan tetap sebagai insentif mereka terus bersama kami (KKM).

“Kami akan akan laksanakan segera yang mungkin dan satu suntikan yang mustahak dari segi moral,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (MYMT) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Rabu lalu, Anwar menerusi pengumuman khas berkata  seramai 4,352 doktor baharu, termasuk yang berstatus kontrak akan diambil bekerja pada tahun ini.

Ujarnya ia bagi, mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast