KUALA LUMPUR – Kerajaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi atau High Value Goods Tax (HVGT).
Jawapan itu sebagai respons kepada soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang bertanyakan mengenai unjuran penambahan pendapatan negara hasil daripada pelaksanaan reformasi fiskal termasuk pengenalan cukai HVGT, cukai perkhidmatan digital (Digital Services Tax), CGT, cukai barangan bernilai rendah (Low Value Goods – LVG), peluasan cukai SST serta rasionalisasi subsidi yang sedang dan akan dilaksanakan.
Beliau berkata, cukai tersebut dikenakan ke atas penyedia perkhidmatan digital yang menawarkan perkhidmatan secara dalam talian atau melalui jaringan elektronik lain. Untuk tahun 2024, SToDS telah mencatatkan pulangan hasil sebanyak RM1.6 bilion.
“Pelaksanaan cukai barangan bernilai rendah (LVG) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 mencatatkan kutipan sekitar RM500 juta bagi tahun ini.
“Semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 pula dijangka menambah hasil sebanyak RM5 bilion bagi tahun 2025 dan meningkat kepada RM10 bilion pada tahun 2026.
“Manakala penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan dana kerajaan sehingga RM600 juta sebulan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















